Gembira gila aku bila nampak martin, dia gemuk sikit aje dari last kami sesama mengembara di india, lain dia tak berubah.. masih macam martin aku kenal, kami tidak tinggal di rumah martin, tetapi di hotel milik kawan martin.. jadi kami tak bayar apa apalah termasuk makan pagi (aku tak posa masa tu) dan bila dorang basuhkan baju kami sekali.. Aku tak tau berapa martin bayar penginapan kat hotel tu tetapi martin kata lebih kurang cam dia akan buat programming ke website gitu, ala ala sistem barterlah kot.. Nice hotel, bunga menimbun lepastu dengan pokok anggur yang jenis dibuat wine tu meliar atas bumbung atas tembok...
----------
Zvolen ni taklah dapat peta pelancongan gitu walau ada istana lama.. aku rasa bila orang nampak kami mesti kata cam ''camanalah kami boleh sesat di sini''... kalau tak kerana martin, memang konpem aku takkan ke sini jugak.. baik aku pegi tempat lain yang terkenal ngan perlancongan atleast tempat yang orang kenal dan tahu jika aku cakap aku ke sini ke sana.. Walaubagaimanapun aku gembira kakmi sampai di sini... dan melawat mana yang menarik dan banyak kenangan tersemat menjadi ingatan sampai bila bila...
-----------
B, B tak suka slovakia amnya, sebagai seorang yang peramah dan suka berbual, slovakia ni lain dari lain, tiada orang memberi senyum tersenyum mesra... martin kata jika orang selalu tersenyum, itu tanda orang tu tak boleh dipercayai, jadi itulah sebabnya kenapa orang slovakia jarang memberikan senyum nak nak jika orang itu orang tak dikenali dan orang asing pulaktu.. Susah sunggah B hendak menerima penjelasan itu tetapi itulah kenyataanya..
------------
Martin melayan kami begitu baik sekali, walau sibuk dengan keja, tetapi selalu memastikan dia membawak kami sini sana, aku mungkin kureng sikit dengan bini dia, hari pertama tu mestalah, lepas tu cam kureng, B kata bini martin tak mesra alam betul, aku tak tau adalah kerana dia pregnant dah sarat tetapi dia bukan orang pregnant pertama aku kenal... selepas 3 hari nak aje aku menyambung perjalanan tetapi itulah martin beriya iya nak bawak kami ke sana, ke sini... jadi aku teruskan menetap lagi 2 hari hanya untuk martin.. Cerita ini antara kita ajelah ok sebab takkan aku nak bagitau martin pulakkan, tapi dengan martin aku cakaplah bini dia baik, ialah untuk sedapkan hati dia.. satu lagi sebelum kami sambung perjalanan ke prague, martin pesan ambil duit duit lama slovakia yang dia simpan untuk aku kat bini dia (slovakia sekarang guna euro), punya lama aku kat rumah martin tu, tak da bini dia kasi, aku pun segan nak minta, masa dah nak naik bas, martin tanya ada ambil duit duit tu tak.. aku kata aku lupa... membebel martin dengan aku dan kemudian dia bebelkan bininya... ala aku rasa konspirasi bininya itu heheh jahat aku...
----------------
Hari ke 4 kami ke rumah parent martin, aku panggil emak martin ''mummy''.... ok, B yang mulakan dulu, jadi aku ikut.. baik mak dia.. berbual dengan broken english tapi kami fahamlah... kami panggil martin ''bad martin'' sbb emak dia bercuti ke QC 2 bulan sebelum kami ke europe tak da dicakapnya emak dia datang bercuti ke qc, cam angin aku dengar, ialah mesti best dapat jumpa emak martinkan.. apatahlah emak tu emak martin... sebelum bertolak ke bratislava semula dari zvolen, kami jumpa emak martin lagi, mummy siap kasi kami hadiah kenangan, siap kata kenapalah martin tak bawak aku jumpa dia awal awal kalau tidak, boleh kami pegi shopping sesama... sekali lagi kami panggil martin ''bad martin''...